APA ITU STRESS?

Stress adalah istilah payung yang merangkumi tekanan, beban, konflik,
keletihan, ketegangan, panik, perasaan gemuruh, anxiety,
kemurungan dan hilang daya.
Gejala stress ini terhasil apabila seseorang itu merasa yang keperluan
melebihi dari keupayaan atau sumber yang ada pada dirinya.
Perasaan berkemampuan dan berkesan adalah mustahak pada
seseorang individu. Menyedari yang diri adalah cekap dan efektif
(dalam mencapai apa yang dihajati dan melaksanakan segala
tanggungjawabnya) adalah prasyarat penting pada kebanyakan
individu profesional dalam penerimaan diri, nilai diri yang positif dan
kesejahteraan hidupnya. Jika kepentingan ini terlampau kuat dalam diri
seseorang itu, maka ia akan lebih cenderung kepada stress yang
dicipta dalam dirinya sendiri.
Reaksi stress adalah unik kepada individu itu. Apa yang kita definisikan
sebagai stress, bagaimana kita beraksi kepada stress dan bagaimana
baiknya kita mengawal stress adalah bergantung kepada bagaimana
individu itu menerima dirinya dan orang lain. Seperti juga penerimaan
seseorang itu kepada kebahagiaan dalam kehidupan, ianya adalah
begitu subjektif.
Faktor persepsi adalah penting dan misteri. Kerap kali apa yang
dianggap racun kepada seseorang itu adalah madu pada orang lain.
Sesuatu rangsangan luaran yang identikal itu boleh menghasilkan
pengamatan yang berbeza di antara dua individu yang berlainan dan
seterusnya menghasilkan tindak balas yang berbeza. Sebab itu lah ada
orang yang cepat merebut peluang kerana dia dapat melihat itu
sebagai pembukaan kepada kejayaan, dan disebaliknya ada orang
yang membiarkan peluang yang sama berlalu kerana ia melihatnya
sebagai punca kepada kerugian atau kegagalan.
Bagaimana kita mengamati kehidupan adalah ditentukan oleh cara kita
menerima diri sendiri. Oleh itu sesuatu realiti itu bukan dijadikan untuk
kita, tetapi dibentuk oleh kita sendiri. Bergantung kepada diri
seseorang, ada orang yang bangkit dengan cabaran dalam kesukaran
kehidupan, ada orang yang mengelak, ada yang terus hidup
bergelumang dengan kesukaran dan ada yang terus hilang daya
dengan manifestasi gangguan saraf, sistem kardiovaskular ataupun
kecelaruan psikiatri.
STRESS YANG MEMBANTU
Stress sebagai reaksi akut, adalah reaksi yang mempertahankan atau
melindungi diri. Ianya merangsang diri untuk bertindak. Hormon
adrenalin dan rangkaian hormon-hormon lain merangsang tubuh untuk
bersedia sama ada untuk melawan atau lari.
Stress ini juga perlu untuk merangsang diri bertindak dan boleh
memotivasikan dan menginspirasikan seseorang itu untuk mengerah
segala sumber, dan potensi diri untuk kejayaan di luar keupayaan
biasanya. Untuk mendapat kejayaan optima dalam kehidupan
memerlukan penekanan pada diri. Rahsia kejayaan adalah membentuk
imbangan supaya kita tidak terlampau menekan diri dan tidak
terlampau leka. Tampa kesedaran ini tekanan kreatif boleh bertukar
menjadi stress yang memudaratkan. Jadi reaksi stress itu tidak boleh
dikatakan baik atau tidak, tetapi bergantung kepada cara kita bereaksi
kepada stress dan pengendaliannya untuk menentukan sama ada ia
menjadi dorongan yang kreatif atau musuh yang merosakkan diri.
STRESS YANG MEMUDARATKAN
Pendedahan yang berulang dan berterusan kepada stress boleh
melemahkan seseorang kepada penyakit fizikal, emosi yang tidak
stabil, kecelaruan mental dan kerohanian yang tidak tenteram.
Ini menjadi lebih teruk jika dalam kehidupan tiada aktiviti riadah dan
bersantai yang membentuk keseimbangan. Ketiadaan aktiviti ini akan
membuat diri hilang kecekapan mengendalikan stress. Ini adalah
kerana persepsi diri ke atas aspek-aspek kehidupan akan terjejas.
Selain dari itu stress juga memudaratkan jika ia berpunca dari
kelakuan yang tidak sesuai atau tidak praktikal. Pernahkah kita
mengalami perasaan marah apabila terperangkap di tengah kesesakan
jalan raya, atau marah kepada kerani yang pemungut bayaran bill
kerana terpaksa menunggu lama.
Ataupun, stress paling memudaratkan jika kita memilih untuk terus
bergantung kepadanya tampa merelakan ia berlalu, walaupun punca
stress itu telah bertahun-tahun berlalu. Di sini anxieti, kemarahan,
perasaan bersalah dan ketakutan adalah manifestasi stress yang terus
bermain di minda dan perasaan kita. Contoh stress seperti ini ialah
perasaan keciwa dengan peristiwa-peristiwa lama atau perasaan hasad
dengki dalam diri kita.
Belajar bertenang, melepaskan dan merelakan adalah penting untuk
keharmonian dalam diri, kebahagian dan kesihatan.
CARA KITA BEREAKSI KEPADA PUNCA STRESS BIASANYA ADALAH LEBIH
MEMUDARATKAN DARI PUNCA STRESS ITU.
Harmoni dalam diri adalah penting untuk pemikiran yang kreatif,
pengamatan yang jelas dan tepat, membuat keputusan yang baik, dan
menyelesaikan masalah. Jika tiada harmoni dalam diri pengamatan
juga akan gagal, kerana mata kita mematuhi aksi minda. Contohnya
jika kita berada dalam keadaan murung maka kita akan mudah merasa
hilang daya apabila berhadapan dengan cabaran. Apabila kita hilang
daya maka bukit akan kelihatan setinggi gunung, dan kolam seluas
dan sedalam lautan; kehilangan daya ini juga akan membuat kita gagal
melihat kepada sumber atau potensi yang sebenarnya ada pada diri.
"Kita sebenarnya tidak diganggu oleh sesuatu yang berlaku tetapi oleh
pendapat kita tentang apa yang berlaku" Jadi untuk memulihkan
harmoni dalam diri kita mestilah belajar mengenali dan membaiki
pengamatan, sikap dan kepercayaan pada diri. Hidup dengan baik
dalam diri dan kita dan kita akan belajar hidup dengan baik dengan
dunia sekeliling kita.
Keadaan kegelisahan yang berpanjangan menghasilkan paras hormonhormon
adrenalin dan cortisol yang lebih tinggi. Terlampau banyak
adrenalin membuatkan diri cepat marah, penat dan gelisah. Terlampau
banyak cortisol akan menekan fungsi pertahanan badan dan
memudahkan diri mendapat penyakit. Tampa rihat, rekreasi dan masa
untuk pulih dari ketegangan akan menyebabkan stress bertindih di
atas stress yang sebelumnya dan ini akan memudaratkan badan.
Pertahan yang paling baik ialah imbangan.
KEKUATAN DALAMAN:-
KEBERANIAN
"Orang bijak yang terperangkap dalam ribut tidak berdoa supaya
diselamatkan dari bahaya, tetapi berdoa supaya disisihkan dari
ketakutan. Sebenarnya ribut dalam diri yang membahayakan dirinya,
dan bukan ribut diluar".
Stress beganding erat dengan ketakutan.Takut kegagalan, takut dalam
pengharapan, takut perubahan, takut keseorangan, takut imag diri
yang tidak baik, takut kejayaan, takut akan tidak dapat melakukan
sesuatu adalah di antara bermacam-macam jenis takut. Takut tidak
dapat melakukan sesuatu ada kalanya menghalang seseorang itu
memulakan sebarang usaha. Penawar paling baik kepada takut tidak
dapat melakukan sesuatu ialah dengan terus melakukannya.
Takut seperti juga stress ada positif dan ada negetifnya. Langkah
pertama kepada pengawalan stress ialah keberanian, berani untuk
menerima perasaan takut dan mengawal atau menakluki ketakutan itu.
Bila berhadapan dengan ketakutan adalah lebih wajar mengambil kira
hakikat/realiti dan bukan dogengan atau kebimbangan yang tidak
realistik.
PENERIMAAN
Banyak orang telah mengalami stress tetapi terus dengan cara
kehidupan yang sama dengan menggunakan penafian. Seseorang itu
akan menggunaka mekanisma minda untuk mempertahankan diri dari
sedar akan keadaannya yang sebenar.Antaranya ialah menidakkan
atau merationalisasi perbuatannya itu mempunyai sebab-sebab yang
boleh diterimanya. Contohnya seorang perokok itu menidakkan
keadaan paru-parunya yang tidak sihat dan mengatakan merokok itu
baginya melegakan stress. Mekanisma mempertahankan diri ini agak
sesuai dalam mengendalikan diri semasa berhadapan dengan stress
yang besar tetapi bukan cara yang baik untuk megatasi masalah atau
stress yang berpanjangan.
Pengawalan stress yang berjaya ialah dengan bersikap "Apa yang
boleh dilakukan" dan tidak "Kalaulah………" Dengan penerimaan dan
bertindak melegakan stress yang memudaratkan akan membantu diri
kita hidup dalam keadaan sihat dan cergas.
PERASAAN
Adakalanya bukanlah sangat sesuatu yang berlaku yang mencetuskan
stress tetapi perasaan yang terbangkit oleh peristiwa tersebut yang
mendatangkan stress kepada seseorang.
MENDENGAR DAN MEMERHATI KEADAAN BADAN
Dengar dan memerhati diri dan bahasa badan.Kebanyakan masanya
kita mengabaikan petanda-petanda awal akan keadaan diri yang
tegang. Contohnya seseorang itu akan terus hisap rokok walaupun
kerap batuk dan sesak nafas, terus mengambil lebih banyak kerja
walaupun badan mengalami keletihan dan perasaan mudah terganggu.
Ada kalanya stress lebih meningkat kerana kita megabaikan signalsignal
awal yang dikeluarkan oleh tubuh kita.
EXPRESSI
Kawan yang paling bernilai adalah mereka yang boleh mendengar
dengan baik. Memendam rasa dan kebimbangan akan menyuburkan
lagi stress. Dengan melahirkan kebimbangan atau ketakutan adalah
langkah pertama membolehkan diri berhadapan dengan stress,
mengawalnya dan seterusnya melepaskan stress tersebut.
Berhadapanlah dengan stress, dengan becakap, menulis,
menyayikannya, ketawa, menangis dan lain-lain lagi. Cara ini
membantu kerana dengan melahirkannya, akan menjelaskan dan
meletakkannya sesuatu konflik kepada perpektif yang lebih objektif.
Ekspresi menggalakan penyembuhan.
Menulisnya boleh membuatkan yang subjektif lebih objektif, yang tak
sedar di bawa kepada kesedaran dan yang tak terlahir kepada yang
dilahirkan. Tulis tampa tapisan, bebas, berterusan dan tampa kritikan.
Selepas itu simpan kertas itu ditempat yang selamat, dan analisanya
secara objektif tampa terlalu beremosi, 1 jam, sehari atau seminggu
selepas itu.
Satu lagi cara ialah dengan menulis diari stress setiap hari. Dengan
cara ini kita akan lebih peka akan pertalian pemikiran dan perasaan
kita dan seterusnya dapat memperbaiki bentuk-bentuk pemikiran dan
perasaan yang negatif.
SAHABAT
Perkongsian masalah dengan sahabat akan menggandakan
keseronokkan dan mengurangkan penderitaan. Setiap kita mengalami
kesukaran kehidupan yang membolehkan kita berkongsi cara-cara
penyelesaian. Hujan tidak menimpa ke atas bumbung rumah kita
seorang sahaja. Pengasingan dan kesunyian boleh menukar perpektif
keatas masalah menyebabkan masalah itu dirasai lebih berat.
SOKONGAN
"Seseorang itu merasa sunyi kerana ia cenderung membina pagar dari
membina jambatan". Sokongan dari keluarga, kawan-kawan, ahli
komuniti, profesional dan pertubuhan kebajikan boleh meringankan
stress yang terhasil dari krisis kehidupan yang besar.
KUMPULAN PENGURUSAN STRESS
Adakalanya menyertai kumpulan-kumpulan pengurusan stress yang
profesional boleh membantu menguruskan diri dan mempelajari caracara
menggunakan stress untuk kebaikan dan mengawalnya dari
menekan diri sehingga kemudaratan.
ADAKAH STRESS ITU SAYA PUNYA?
Sikap dan penyakit orang lain mudah berjangkit. Manusia ada tabiat
untuk mengalihkan stressnya kepada orang lain. Pernah anda merasa
tertekan dengan kemarahan dan kelakuan negatif dari ketua, ibu-bapa
atau pasangan anda?. Agak senang bereaksi kepada mood orang lain
dan adakalanya tampa kita sedari kita telah menyerapi stress yang
diluahkan oleh orang lain .
Langkah terbaik ialah dengan menerima perasaan orang lain, dengar
kepada masalahnya, beri simpati, nasihat atau maklumbalas, tetapi
jangan mengizinkan orang lain menanamkan stressnya ke dalam diri
kita. Kita perlu sedar tentang identiti diri sendiri.
BERTINDAK
Kita hanya mendapat imbuhan dalam hidup ini dengan bertindak.
Pengalaman stress memerlukan reaksi. Dalam banyak hal reaksi ini
ialah "lawan atau lari". Dengan lain perkataan kita mengatasi masalah
dengan tektik lawan iat itu berkonfrontasi, bersikap asertif dan positif,
atau dengan mengunakan taktik lari iaitu mengelak, relak dan tidak
mengindahkannya. Selain dari lawan dan lari reaksi ketiga yang
mungkin terjadi ialah terus kaku. Reaksi kaku yang biasa
dimanifestasikan ialah panik, anxieti, keraguan, melenggahkan kerja,
dan bersikap "kalau lah.....".
Jadi bila berdepan dengan stress, dari terus berada dalam keadaan
gelisah dan kebimbangan, adalah lebih baik mengarah diri untuk
memikirkan "Apakah yang boleh saya lakukan sekarang ini untuk
mengurangkan stress?" Dan kita akan sedar bahawa selepas 15 min
melakukan apa yang sepatutnya kita lakukan, kita akan makin hampir
dengan penyelesaian. Dengan melenggahkan penyelesaian beban
stress akan terkumpul dan adakalanya menjadi kronik.
LANGKAH DEMI LANGKAH
Semasa mengalami stress perkara yang perlu dikerjakan akan dirasai
begitu besar dan sukar. Jika kita memikirkan secara keseluruhannya
maka kita mungkin sukar untuk memulakan usaha kita. Begitu juga
dengan seorang yang bakal menjadi seorang jutawan, dia perlu belajar
mengutip wang sen sebelum mengutip wang ringgit. Jadi rancangkan
tugas dan tanggungjawab anda kepada bahagian-bahagian yang kecil
dan lakukan serta bereskan satu persatu. Ingat, perjalanan yang jauh
itu bermula dengan langkah yang pertama.
Buatkan senarai mengikut kepentingan kerja dan buat satu persatu
mengikut kadar yang kita mampu. Mungkin untuk setiap senarai kerja
yang kita mampu bereskan kita boleh menghadiahkan diri kita dengan
sesuatu yang kita idam-idamkan. Langkah ini adalah baik untuk terus
menggalakkan usaha kerana ia akan mengukuhkan semangat kita
untuk mengulangi kejayaan yang sama atau yang lebih baik.
MENUKAR PERSPEKTIF
Sesuatu masalah ada lebih dari satu penyelesaian. Cari pendapat baru,
sudut baru, pemerhatian yang lebih teliti, mejauhkan diri dengan cara
melihat masalah kita itu dari kedudukan orang lain adalah di antara
permainan minda yang boleh membantu mengawal stress. Ketawa,
relaks, senaman, meditasi,sembahyang, komunikasi, hiburan,
persahabatan adalah cara-cara praktikal untuk mengurangkan stress.
FILOSOFI KEHIDUPAN
Stress begitu merbahaya apabila ia sampai keperingkat di mana kita
hilang keupayaan melihat sesuatu dalam perpektif yang sebenarnya.
Peribahasa Parsi, "Saya meratapi ketiadaan kasut, sehinggalah saya
menemui seorang yang ketiadaan kaki". Sesungguhnya kita ada
contoh dikalangan masyarakat kita sendiri iaitu "Tuah", Tokoh Maal
Hijrah yang lalu. Menyelami penderitaan yang dipaparkan oleh orang
yang lebih tidak bernasib baik, sepatutnya membolehkan diri kita
berdepan dengan masalah peribadi yang kita alami.
Selain dari membandingkan diri dengan orang yang lebih tidak
bernasib baik, kita juga boleh membandingkan masalah sekarang
dengan masalah-masalah lalu yang telah kita atasi dengan jayanya.
Latihan ini membolehkan diri kita mengigati yang kita ada kekuatan
dan kebolehan.
PEMIKIRAN POSITIF
Peribahasa Cina mengatakan "Lebih baik menyalakan lilin dari
menyumpah akan kegelapan". Semasa mengalami stress ada kalanya
minda kita seolah-olah diprogramkan supaya hanya melihat dan
memikirkan perkara yang negatif sahaja. Rasa tidak terdaya, rasa di
singkir, rasa tidak disayangi, rasa tiada harapan dan lain-lain.
Dikala berfikiran negatif ada kalanya baik kita memikirkan:
1. Apakah kekuatan saya? Kenalpasti kemahiran, kebolehan dan bakat
yang ada. Sedarkan diri kepada apa yang kita boleh buat. Jangan
hiraukan apabila minda cuba mengatakan "TIADA atau TIDAK".
2. Tanya pada diri "Apakah pengajaran yang tersirat dalam stress ini?"
Berhenti dari mencari kesalahan orang lain, dan buat perubahan yang
perlu pada diri. Dengan hanya melihat kepada salah orang lain dan
mencuba menukar sikap orang lain, kita hanya menambahkan stress
kepada diri sendiri.
3. "Apakah peluang yang ada dalam stress ini" Berhenti dari terus
memberi fokus kepada jalan mati atau sesuatu yang tidak dapat
diubah.
4. "Apakah perkara positif dan perkara yang mesti dilakukan untuk
membuat perubahan ke arah yang lebih positif?
REAKSI DALAMAN
Adakalanya kita tidak dapat menghindarkan sesuatu yang tidak baik
dari terjadi pada diri, walaubagaimanapun kita boleh memilih cara kita
bereaksi kepadanya. Pilih reaksi merelakan dan meredakan jika
sesuatu keadaan itu sudah pasti tidak dapat diubah lagi.
KESYUKURAN
Stress yang merbahaya boleh terhasil kerana kepercayaan kita - iaitu
kepercayaan yang kehidupan ini penuh dengan beban dan masalah.
Jika ini kepercayaan kita maka kita mudah lupa untuk bersyukur ke
atas sesuatu yang baik yang ada pada diri kita. Hilang kesyukuran
bermakna kekurang kekuatan dalam diri.
Banyak masanya kita lupa erti kebolehan melihat, bernyawa,
mendengar, membaca, berdiri, bercakap, merasa, dan lain-lain lagi.
Mungkin jika kita sudah kehilangannya barulah kita dapat menghargai
bertapa indah dan nikmatnya keupayaan-keupayaan tersebut.
MENGELUARKAN PELUH
Bersenam adalah cara yang sangat penting dalam melegakan stress
yang terkumpul. Pernahkah kita fikirkan kenapa stress begitu
mengancam di kehidupan zaman moden ini. Pada zaman dahulu kala,
aktiviti memcari rezeki setiap hari adalah jauh lebih bahaya daripada
kita yang hidup di alam serba moden ini. Walaupun begitu orang
dahulu kala tidaklah mengalami kemudaratan yang dipanggil stress. Ini
adalah kerana corak hidup orang dahulu banyak menggunakan tenaga
fizikal mereka dan ini bukan sahaja mengunakan hormon-hormon yang
dikeluarkan semasa dalam keadaan tertekan tetapi juga meningkatkan
daya kardiovaskular mereka.
Aktivit fizikal juga dalam kadar yang berat dan sederhana berat akan
membuat badan kita mengeluarkan hormon endorfin, yang seakan
sama dengan morfin. Oleh kerana ia dikeluarkan dari dalam badan
dengan kadar yang terkawal dan bersesuaian maka ia banyak
mendatangkan rasa kelegaan dan akan mengukuhkan semangat
seseorang untuk meneruskan aktiviti fizikalnya itu.
Setiap orang perlu meluangkan masa untuk melakukan sesuatu atau
tampa melakukan sesuatu dengan bersendirian. Masa sebegini adalah
teramat penting bagi seseorang itu mengrefleksi keatas pengalaman
kehidupannya. Masa berseorangan ini adalah baik dalam
mendatangkan kepekaan pada diri sendiri. Mungkin anda seorang ibu
atau bapa yang begitu sibuk dengan tugas seharian dan hanya
memikirkan masalah-masalah dan kehidupan orang lain. Masa sebegini
amat baik jika dilalui dalam keadaan bermeditasi atau berelaksasi.
KHIDMAT
Selain dari bersendirian, khidmat kepada orang lain juga
mendatangkan lebih makna dalam kehidupan. Ini amat penting jika
seseorang itu begitu banyak masa terluang, kerana berada dalam
keadaan bosan juga adalah merupakan satu bentuk stress. Gunakanlah
masa sebaik-baiknya dan masa yang terluang paling baik jika
dihabiskan ke jalan kebaikan kepada orang lain.
Dalam melakukan kerja resmi juga kita sepatutnya memasukkan
semangat dan keinginan untuk memberi khidmat dan bantuan yang
sebaik-baiknya. Contoh yang paling senang ialah dengan menampilkan
wajah dan senyuman yang mesra bila berhadapan dengan mereka
yang memerlukan khidmat anda. Sesungguhnya banyak sumbangan
yang boleh kita berikan tampa melibatkan sumber luar dan wang
ringgit.Kelakuan yang cergas dan perilaku yang ceria akan dapat
menukar perasaan ke arah yang lebih ceria juga.
ABSTRAK
Seorang manusia yang tidak mampu menjalankan kefungsiaannya
sebagai seorang insan dalam menjalani kehidupan harian akibat
daripada tekanan atau stress adalah disebabkan ketidaksempurnaan
komponen jasad (fizikal), akal (mental) dan roh (spiritual) untuk
berfungsi dengan baik. Maka, untuk mengembalikan kefungsiaan
manusia agar dapat menjalani kehidupan harian dengan baik serta
mampu mengurus stress, penulis melihat peri pentingnya pengecasan
semula ketiga-tiga komponen tersebut.
1.0 IFTITAH
Seringkali stress diungkapkan dalam sudut yang berbaur negatif
berbanding dalam ruang lingkup yang positif. Stress dianggap sesuatu
yang membebankan, menyusahkan malah menyesakkan emosi dan
minda! Perlu difahami bahawa stress juga memberikan implikasi yang
positif kepada individu. Ianya merupakan satu mekanisme yang boleh
menggerakkan motivasi diri untuk mencapai sesuatu maksud dan
tujuan. Stress perlu wujud dalam kehidupan manusia. Bayangkan jika
tidak wujud stress, manusia mungkin akan berada ditakuk yang sama!
Namun begitu, penulisan ini akan lebih banyak membicarakan
mengenai distress ataupun stress yang memberikan implikasi yang
negatif dan bagaimana menanganinya menurut perspektif Islam.
Stress atau tekanan yang dialami oleh seseorang individu merupakan
tindak balas daripada ketidakupayaan beliau menangani masalah yang
sedang dihadapi. Ketidakseimbangan antara faktor fizikal, mental dan
emosi akibat tekanan yang dihadapi menyebabkan seseorang individu
tidak dapat berkelakuan normal (abnormality behaviour) seperti
kemurungan, lemah longlai, lesu, tidak bermotivasi malah boleh
menyebabkan kematian sekiranya tekanan atau stress yang dialami
ditahap yang kritikal. Sekiranya tekanan atau stress ini tidak ditangani,
ianya akan memudaratkan individu tersebut baik dari aspek fizikal,
mental, emosi mahupun keterlibatan sosial mereka.
2.0 PANDANGAN ISLAM MENGENAI STRESS
“Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan
kemampuannya. Ia mendapat pahala (daripada kebajikan) yang
diusahakannya dan mendapat seksa (daripada kejahatan yang
dikerjakan)”
(Surah Al-Baqarah : 284)
Ayat ini jelas menunjukkan bahawa segala tekanan dan dugaan dalam
kehidupan seperti kesempitan hidup dan kecacatan anggota badan
misalnya merupakan kurniaan Allah kepada manusia berdasarkan
kemampuan manusia itu sendiri. Stress juga dikategorikan sebagai
dugaan dan ujian hidup. Boleh jadi disebabkan kesempitan hidup
mengundang stress dan tekanan yang negatif. Apatah lagi dengan
mereka yang mengalami kecacatan anggota badan akibat kemalangan
yang tidak dijangka. Namun hanya diri kita sendiri yang dapat
menjadikan sama ada tekanan tersebut mendatangkan kesan yang
baik atau sebaliknya. Benarlah apa yang dinyatakan di akhir surah ini
….”ia mendapat pahala (daripada kebajikan) yang diusahakannya dan
mendapat seksa (daripada kejahatan yang dikerjakannya)”
3.0 PUNCA-PUNCA TEKANAN ATAU ‘STRESSOR’
Punca tekanan atau stressor adalah faktor yang menyebabkan tekanan
wujud dalam diri seseorang. Punca kepada tekanan itu boleh berlaku
disebabkan oleh peristiwa dalam kehidupan, pemikiran, dan keinginan
diri yang belum tercapai. Punca-punca kepada terjadinya tekanan
boleh dikategorikan kepada faktor biologi, psikologi, sosial, dan
spiritual.
Tekanan yang timbul oleh faktor fizikal berlaku tanpa sebab-sebab
yang nyata. Tanda ini tidak dirasai oleh individu yang mengalami atau
dilihat oleh orang lain. Tekanan ini timbul berpunca daripada segi
fisiolgi seseorang individu.
Apabila kepenatan dan keletihan seseorang individu tidak boleh
mengawal emosinya. Kepenatan dan keletihan yang dialami
menyebabkan daya tahan jiwa berkurangan. Ini akan mengakibatkan
seseorang itu mengalami ketidakseimbangan emosi. Kadang kala
berlaku perubahan-perubahan dalam tubuh badan individu itu dari
semasa ke semasa.
Tekanan punca psikologi pula timbul apabila perasaan tidak berpuas
hati terhadap jangkaan-jangkaan yang telah dibuat berlawanan
dengan realiti sebenar. Contohnya seorang pelajar merasakan dia
boleh lulus dalam dengan cemerlang dalam satu peperiksaan tetapi
sebaliknya telah berlaku. Pelajar itu tidak dapat menerima hakikat apa
yang telah berlaku dalam hidupnya. Mereka akan merasa dunia ini
tidak berguna, gelap gelita dan pelbagai perasaan yang lain. Ini akan
menyebabkan mereka merasa tertekan.
Tekanan yang berpunca dari sosial pula adalah berkaitan dengan
kehilangan orang yang disayangi atau peristiwa-peristiwa tragik.
Contohnya kematian, perceraian, perpisahan, kehilangan pekerjaan,
dan kekecewaan. Mereka yang mengalami situasi ini akan merasai
kesedihan yang amat sangat dan mendapat tekanan. Mereka berada
dalam kesedihan yang tidak berkesudahan dan tidak bermaya untuk
meneruskan kehidupan seharian seperti biasa.
Tekanan yang berpunca dari spiritual adalah apabila seseorang
individu melakukan perbuatan yang keluar daripada landasan agama
atau norma masyarakat. Contohnya, apabila seorang remaja
perempuan melakukan seks secara sukarela. Pada suatu masa, dia
merasai pelbagai perasaan seperti mengutuk diri sendiri, takut kepada
dosa, takut untuk berkahwin, dan malu kepada masyarakat. Perasaan
itu selalu bermain di fikiran dan mengganggu emosinya. Dia akan
mengalami gangguan sepanjang masa.
4.0 BAGAIMANA MENGURUS STRESS ?
Persoalannya bagaimanakah cara atau kaedah yang sesuai untuk
menangani tekanan atau stress ? Penulis berpendapat, stress boleh
diurus dengan baik berdasarkan impak yang diterima oleh individu
tersebut. Untuk lebih jelas lagi, penulis cuba memaparkan idea dan
kaedah pengurusan stress melalui perspektif Islam berdasarkan tiga
tujahan utama iaitu pengurusan stress melalui aspek fizikal, mental,
dan kerohaniaan (spiritual). Kombinasi ketiga-tiga aspek ini sangat
berkaitan dengan cara individu mengurus kehidupan harian mereka.
Secara umumnya, pengurusan stress yang ingin penulis jelaskan di sini
boleh diaplikasikan berdasarkan ilustrasi berikut:
MODEL PENGURUSAN STRESS
Penulis cuba melihat pengurusan stress ini berdasarkan kepada
penjelasan Al-Quran tentang siapakah diri manusia yang sebenar. Al-
Quran jelas menerangkan bahawa manusia itu terdiri daripada
kombinasi elemen-elemen berikut;
1. Komponen Roh
2. Komponen Qulb
3. Komponen Nafs
4. Komponen Akal
5. Komponen Jasad
Penulis berpendapat seseorang manusia yang tidak mampu
menjalankan kefungsiaannya sebagai seorang manusia dalam
menjalani kehidupan harian akibat daripada tekanan atau stress
adalah disebabkan ketidaksempurnaan kelima-lima komponen ini
berfungsi dengan baik. Maka, untuk mengembalikan kefungsiaan
manusia agar dapat menjalani kehidupan harian dengan baik serta
mampu mengurus stress dan tekanan, penulis melihat peri pentingnya
pengecasan semula kelima-lima komponen tersebut.
Namun begitu, penulis ingin mengambil pandangan Imam Al-Ghazali
sebagai initipati kertas kerja ini. Imam Al-Ghazali berpendapat bahawa
manusia itu terdiri daripada 3 komponen utama iaitu jasad, akal dan
roh.
1. KOMPONEN ROH
Setiap manusia punyai roh. Namun jasad dan sifat roh tidak mungkin
dapat difahami oleh manusia itu sendiri. Roh yang ada pada manusia
adalah milik Tuhan yang Esa. Roh menjana segala tingkah laku seorang
manusia. Roh yang baik akan dijelmakan melalui tingkah laku yang
baik. Begitu juga sebaliknya.
Firman Allah S.W.T yang bermaksud;
“ Kemudian Dia menyempurnakan dan meniupkan ke dalam
(tubuh)nya roh (ciptaan)-Nya”
(Asy Syams ayat 9 dan 10)
Pada pendapat penulis, roh adalah sesuatu yang tidak dapat dilihat
dengan mata. Namun roh sesuatu suatu benda yang hidup. Dalam erti
kata yang lebih mudah untuk difahami, ia mencakupi soal kerohaniaan
atau spiritual. Setiap manusia punyai fitrah untuk rasa bertuhan.
Seorang mukmin percaya akan Allah yang Esa. Menyakini bahawa
setiap yang berlaku ke atas dirinya adalah kehendak Allah Taala.
Sebagai contoh, setiap musibah yang berlaku sebenarnya punyai
hikmah yang perlu dicari. Walaupun kita merasa tertekan dan stress
dengan ujian dan dugaan yang datang menimpa-nimpa, seharusnya
rasa lemah, tertekan dan tidak berkeupayaan haruslah disandarkan
kepada Allah Taala sepenuhnya.
Stress atau tekanan yang dihadapi boleh diurus dengan menyucikan
roh atau dalam erti kata yang lain menguatkan aspek kerohaniaan dan
spiritual, bukan hanya dengan melakukan ibadah yang bersifat ritual
semata-mata seperti memelihara solat lima waktu, membayar zakat
mahupun membaca dan menelaah Al-Quran. Imam Al-Ghazali
berpendapat di antara kaedah-kaedah yang boleh dipraktikkan adalah
seperti berikut;
Menanam dan menyuburkan jiwa ini dengan sifat-sifat yang terpuji
(mahmudah) seperti amanah, ikhlas serta jujur.
Mengikis sifat-sifat yang negatif (mazmumah) seperti riak, ujub,
sombong dan takbur.
Menunaikan hak sesama insan baik hak suami, hak isteri, hak anakanak
hak pemimpin dan hak masyarakat dan tidak menzalimi orang
lain demi untuk kepentingan sendiri.
Tidak memakan makanan yang haram dan syubhah baik diragui dari
segi sumber atau bagaimana cara ianya dihidangkan.
2. KOMPONEN JASAD
Al-wiqayatu khairun min al-‘ilaj yang kira-kira bermaksud “Mencegah
lebih baik daripada merawat”. Islam sangat menganjurkan agar setiap
penyakit yang dihadapi haruslah dicegah daripada diubati kerana
mengubati hanya mengurangi kesakitan dalam jangka masa pendek
dan kesakitan itu akan kembali dirasai setelah kehabisan
Allah S.W.T berfirman yang bermaksud;
“Dan makanlah makanan yang halal lagi baik dari apa yang Allah telah
rezekikan kepadamu, dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu
beriman kepadaNYA”
(Al-Maidah ayat 88)
Di dalam ayat ini, Allah Taala memerintahkan kepada hambaNYA agar
memakan makanan yang halal dan baik. Makanan yang halal ialah
makanan yang sumbernya merupakan sumber yang halal. Sebagai
contoh, wang yang kita gunakan untuk membeli makanan merupakan
wang yang halal yang dibayar kepada kita setimpal dengan pekerjaan
lakukan. Kalau para pembaca masih ingat lagi dengan kisah Imam
Syafiee semasa beliau dalam usaha menghafaz Al-Quran. Beliau
dikatakan tidak dapat menghafal ayat Al-Quran pada suatu hari
sedangkan hari-hari yang sebelumnya beliau sangat lancar menghafaz
AL-Qura’n. Beliau sangat hairan dan akhirnya beliau cuba untuk
mencari asbab mengapakah perkara ini berlaku. Akhirnya di dapati
susu lembu yang diminum oleh beliau tidak halal kerana lembu
tersebut telah meragut rumput dikawasan orang lain dan bukan
dikawasan rumput kepunyaan penjaganya.
Makanan yang halal sahaja tidak mencukupi malah makanan itu
haruslah baik atau erti kata berkhasiat dan tidak memudaratkan kita.
Makanan yang baik adalah makanan yang mempunyai kombinasi zatzat
makanan yang diperlukan oleh tubuh badan. Sebagai contoh,
badan kita memerlukan zat karbohidrat untuk digunakan sebagai
tenaga segera demi untuk melaksanakan aktiviti harian. Sekiranya
badan kekurangan zat karbohidrat, badan akan menggunakan sumber
protein dalam badan untuk ditukarkan kepada tenaga segera.
Penggunaan protein yang tinggi sebagai menggantikan karbohidrat
akan menyebabkan kepekatan asid amino yang tinggi dalam badan.
Ianya boleh memberikan implikasi kepada otot kita di mana kita sering
mengalami kekejangan otot.
Makanan yang kita makan akan menjadi darah daging kita. Penulis
percaya bahawa segala perbuatan dan pemikiran kita juga dipengaruhi
oleh makanan yang kita makan. Boleh jadi kita mudah kalah bila
mendapat tekanan atau stress disebabkan kita mengabaikan soal dari
sumber manakah makanan yang kita makanan dan adakah ianya baik
untuk kesihatan kita
Senaman yang konsisten dan bukan bersifat terpaksa atau memaksa
antara alternatif yang terbaik mengurangi tekanan yang dialami.
Senaman boleh meningkatkan daya tahan terhadap tekanan dengan
meringankan bebanan ke atas diri. Ianya mampu mengalihkan elemen
psikologi seperti tenaga marah, agresif dan perasaan risau lalu
diterjemahkan melalui pergerakan fizikal yang lasak. Namun ramai
yang terlepas pandang sebelum memulakan senaman harus dimulai
dengan memanaskan badan atau warming up agar otot-otot badan
tidak akan mengalami kekejangan selepas senaman.
3. KOMPONEN AKAL
Fenomena kemiskinan ilmu dan kemahiran merupakan faktor
terpenting kegagalan individu mempelbagaikan alternatif ke arah
penyelesaian masalah. Bukankah ini akan mendatangkan tekanan ?
Setiap manusia dikurniakan oleh Allah akal untuk membolehkan
mereka berfikir, malah faktor inilah yang membezakan antara manusia
dan haiwan. Berfikir menggunakan akal adalah satu perbuatan dan
ianya memerlukan sesuatu benda untuk difikirkan. Kalau tubuh badan
manusia memerlukan makanan berkhasiat, akal juga memerlukan
bahan-bahan yang berkhasiat dan bermanfaat untuk difikirkan. Ianya
disebut sebagai bahan intelek (intellectual substances). Ianya
diperolehi daripada bahan bacaan yang juga bersifat intelek dan
menjana kreativiti.
“ Katakan ia (Al-Quran) ialah petunjuk dan penyembuh bagi orangorang
yang beriman ”
(Al-Fusshilat 41:44)
Dalam ayat di atas jelas menunjukkan kepada kita Al-Quran
merupakan sumber intellectual substances yang terbaik untuk dirujuk
oleh manusia demi untuk mematangkan akal dan fikiran, waras dalam
pertimbangan dan tepat membuat sebarang keputusan. Tekanan dan
stress yang dialami boleh diurus apabila individu tersebut mempunyai
pengetahuan dan maklumat yang luas. Individu tersebut tidak akan
membuat sebarang tindakan yang boleh menzalimi dirinya sendiri atau
orang-orang disekelilingnya.
Ketiga-tiga komponen ini saling lengkap melengkapi di antara satu
sama lain dalam menghadapi distress. Penulis ingin memberikan satu
contoh yang mudah untuk difahami oleh pembaca.
KAJIAN KES
Asmawi Ani (bukan nama sebenar) telah diberhentikan kerja dengan
notis 24 jam kerana syarikat tempat dia bekerja telah diisytiharkan
muflis. Asmawi telah berkeluarga dan mempunyai 2 orang anak yang
masing-masing berusia 7 tahun dan 3 tahun. Telah hampir 3 bulan
berlalu namun Asmawi masih tidak mendapat sebarang pekerjaan.
Duit simpanan semakin susut dan keperluan dapur dan susu anak
telah habis dan Asmawi tidak mempunyai wang yang cukup. Asmawi
semakin buntu dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan.
Persoalannya, adakah model pengurusan stress melalui perspektif
Islam dapat membantu Asmawi menjadi distress kepada uestress.
Penulis menyakini, tekanan dan stress tidak dapat dihilangkan dalam
sekelip mata namun kebijaksanaa individu mengurus distress supaya
menjadi uestress dan mendatangkan faedah kepada mereka.
Asmawi seharusnya menganggap kehilangan kerja yang dialami oleh
beliau merupakan satu kejadian yang tidak dijangka. Seorang mukmin
harus percaya bahawa ianya merupakan satu ujian dan dugaan
daripada Allah Taala demi untuk menguji sama ada hambaNYA itu
beriman atau tidak.
“ Tiada musibah (bencana) yang menimpa seseorang muslim
melainkan Allah menkafarahkan dosa (menghapuskan) sebahagian
daripada dosanya kerana bencana itu, walaupun ia merupakan tusukan
yang diterimanya daripada tikaman duri “ (Al-Bukhari)
Ujian dan dugaan yang diberikan merupakan tanda kasih sayang Allah
kepada hambaNYA dan setiap kesusahan tersebut pasti disusuli
kemudahannya.
“ Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan”
(Surah Al-Insyirah ayat 5)
Selain itu, kita harus sentiasa mengingati bahawa di sebalik kesukaran
yang kita hadapi itu ada kesenangan dan kemudahan yang kita akan
perolehi. Dalam Islam, apabila menerima tekanan, kita dilarang
mengeluh. Ini adalah kerana, ia membayangkan betapa kita tidak
tahan dengan ujian yang Allah berikan kepada kita. Jika orang yang
sakit mengeluh sambil mengingati Allah, maka itu dikira tasbih. Islam
juga melarang umatnya berputus asa.
“Janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya,
Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah Yang
Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
(Az-Zumar : 53)
Ayat ini menerangkan kepada kita agar tidak sesekali berputus asa
apabila menerima ujuan atau tekanan. Kita perlu mencari alternatif
yang terbaik dan melakukan sesuatu yang dihalalkan untuk dijadikan
penyelesaian. Tingkah laku bilazim seperti minum arak, membunuh
diri, menghisap dadah tidak akan berlaku sekiranya kita menghayati
konsep-konsep dalam Islam dalam menghadapi tekanan.
Maka, Asmawi harus menggunakan kekuatan Jasad (fizikal) dan Akal
(mental) di samping kekuatan spiritual yang tinggi perlu diyakini.
Melaksanakan dan menunaikan hak Allah dengan mengerjakan segala
peraturan dan meninggalkan larangannya dan terus berusaha
membaiki kehidupan dunia tanpa mengkesampingkan soal kehidupan
ukhrawi.
Dengan mengekalkan kesihatan fizikal, Asmawi seharusnya lebih
berupaya untuk mencari pekerjaan lain. Faktor kesihatan fizikal penting
kerana sekiranya beliau mengalami implikasi negatif terhadap
kesihatan fizikal akibat tekanan dan stress yang dialami, barangkali
beliau tidak mampu mencari pekerjaan yang sesuai. Tambahan pula,
tekanan dan stress ini dapat diurus sekiranya beliau mempunyai
strategi, pengetahuan dan maklumat terkini mengenai kekosongan
kerja yang terdapat di mana-mana syarikat yang menawarkannya.
Harus diingat bahawa akal boleh bertindak lebih rasional jika kunci
membaca sebagai tambatan untuk mengaut pelbagai ilmu dan
maklumat digunakan secara optimum. Bukankah Asmawi akan mampu
menguruskan distress dan menukarkankannya kepada eustress?
5.0 KHULASAH
Islam telah menganjurkan kepada umatnya cara yang terbaik untuk
menguruskan tekanan dan stress. Islam sangat menekankan
pengurusan rutin kehidupan yang baik dan inilah kunci utama dalam
menangani distress. Komponen jasad, roh dan akal yang ada dalam diri
manusia harus diurus dengan bijaksana agar manusia dapat
melaksanakan kehidupan dengan lebih sempurna. Biar hati sentiasa
bertuhan, jasad sentiasa tegar dan akal sentiasa berfikir dan merenung
ciptaan Illahi !
“ Dan jika aku sakit, DIA lah yang menyembuhkannya “
(Surah As Syura ayat 80)
“Aku sekali-kali tidak akan menganiayai hamba-hambaku…”
(Surah Qaaf : 29)